Umrah

TEMPAT MUSTAJAB DI TANAH SUCI

By July 17, 2020 No Comments

Selain daripada melakukan ibadah umrah para jemaah juga disunatkan untuk memperbanyakkan doa. Sangat rugi jika kita tidak manfaatkan peluang yang ada. Menjejakkan kaki ke Tanah suci bukanlah satu peluang yang semua orang ada. Jika anda adalah salah satu daripada berjuta manusia di muka bumi ini yang terpilih, manfaatkanlah seeloknya peluang yang ada ini. Oleh itu, admin akan ulas mengenai 5 tempat mustajab untuk berdoa ketika berada di Tanah suci sama ada semasa menunaikan umrah atau pun haji.

TEMPAT MUSTAJAB DI TANAH SUCI:

  1. Multazam
  2. Hijr ismail
  3. Belakang makam nabi Ibrahim
  4. Raudhah
  5. Rukun Yamani

Jom baca dengan lebih terperinci lagi mengenai tempat-tempat mustajab untuk berdoa di tanah suci semasa menunaikan umrah atau haji.

  • MULTAZAM

Multazam ialah kawasan yang terletak diantara Hajar Aswad dengan pintu Kaabah.

Dari Ibnu Abbas RA, Rasullulah bersabda:

“Ini adalah Multazam terletak antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu Ka’bah.”

(HR At Tabrani)

Ketika bedoa di sana dekatkanlah diri ke Multazam serta menempelkan kedua telapak tangan, dada, dan wajah ke Kaabah. Ini adalah perbuatan yang dilakukan oleh Rasullulah SAW ketika berdoa di sana.

Dari Amr bin Syu’aib RA, ia menceritakan,

“Aku melihat Rasulullah SAW menempelkan wajah dan dadanya di Multazam.” (HR Al Baihaqi). Adapun dari sahabat Hisyam bin Urwah ra ia berkata, “Adalah Rasulullah SAW menempelkan tangan, dada, pipinya di Ka’bah.” (Mushanaf Abdurrazak No. 9048). Amr bin Syu’aib juga meriwayatkan, “Saya tawaf bersama Abdullah, ketika sampai di belakang Ka’bah, saya berkata: ‘Apakah kita tidak ta’awudz (berlindung diri) kepada Allah SWT dari adzab neraka?’ Beliau berkata: ‘Kita berlindung dengan (nama) Allah SWT dari neraka.’ Kemudian ia meneruskan tawafnya sehingga sampai ke Rukun Yamani dan mengusapnya, kemudian sampai di Hajar Aswad lalu mengusapnya, kemudian beliau berdiri di antara rukun (Hajar Aswad) dan pintu (Ka’bah). Maka beliau merapatkan dada, kedua tangan dan wajahnya. Kemudian beliau berkata: ‘Beginilah saya melihat Rasulullah SAW melakukannya.”

(HR Abu Daud)
  • HIJR ISMAIL

Hijr Ismail ialah sebahagian dari Kaabah dan ianya berbentuk setengah lingkaran. Hijr Ismail dikatakan tempat yang mustajab untuk berdoa berdasarkan daripada sebuah hadis yang bermaksud:

“Aku ingin sekali masuk ke Kaabah dan solat di dalamnya, lalu Rasulullah SAW menarik tanganku dan membawanya ke dalam Hijir (Ismail), sambil berkata: ‘Solatlah di dalamnya jika engkau ingin masuk Kaabah, kerana ia merupakan bagian dari Kaabah.’” (HR Abu Daud)

Waktu yang paling mustajab untuk berdoa di Hijr Ismail ialah di antara selepas asar dan azan maghrib. Doa yang disarankan adalah doa untuk dimurahkan rezeki dan doa untuk merasa cukup dengan rezeki yang diberikan.

  • BELAKANG MAKAM NABI IBRAHIM

Makam nabi Ibrahim terletak di tepi Kaabah dan berada tidak jauh dari multazam. Kebiasaanya para jemaah akan melakukan solat sunat setelah selesai melakukan tawaf. di sana juga lah tempat yang mustajab untuk berdoa dan waktu yang mustajab untuk berdoa ialah diantara azan subuh dengan solat subuh.

Perbanyakkan berdoa untuk kebahagiaan keluarga dan kesembuhan penyakit ketika berada di belakang makam nabi Ibrahim.

  • RAUDHAH

Tempat lain yang mustajab untuk berdoa ketika berada di Madinah ialah Raudhah iaitu tempat diantara mimbar dan kediaman Rasullulah semasa baginda masih hidup (di dalam masjid nabawi). Raudhah dikenali sebagai taman-taman syurga. Berbanyaklah berdoa di sini kerana Raudhah adalah tempat paling mustajab berdoa. Sebelum berangkat ke Mekah biasanya jemaah Nurmultazam akan menginap di Madinah terlebih dahulu selama lebih kurang lima hari.

Bagaimana nak mengenali sama ada kawasan itu adalah Raudhah atau tidak? Kawasan Raudhah di dalam masjid nabawi boleh di bezakan dengan warna karpet. Karpet kawasan Raudhah berwarna hijau. Rujuk gambar di atas.

  • RUKUN YAMANI

tempat mustajab untuk berdoa yang terakhir ialah di Rukun Yamani iaitu terletak di sudut Kaabah yang mengarah ke Yaman.

Menurut riwayat dari Ibnu Abbas RA, Nabi Muhammad SAW hanya menyalami Hajar Aswad dan Rukun Yamani saja, sementara Ibnu Umar RA mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya mengusap keduanya, yakni Hajar Aswad dan Rukun Yamani dapat menghapus dosa-dosa.”

Menurut kitab ihyaa Ulumuddin di tempat tersebut doa yang kita harus baca untuk menunaikan sunnah adalah:

رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Rabb kami, karuniakanlah pada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta selamatkanlah kami dari siksa neraka”. (QS. Al Baqarah: 201)

Kalau kamu mahu berdoa di lima tempat mustajab ini senang saja jom join pakej umrah bersama Nurmultazam Travel. Kami atur dari A-Z. Kamu bayar saja, kami yang akan urus semuanya untuk kamu. Paling penting umrah kami terbang dari Sabah. Kalau orang Sabah, Sarawak, Labuan kamu tidak perlu lagi pergi Kuala Lumpur, sini jak kamu di Sabah terbang naik Royal Brunei Airlines.

Bah berminat kamu mahu umrah? Klik saja ini link untuk info lebih lanjut https://www.umrahsabah.com/v2/

Leave a Reply