fbpx
Korban dan Akikah

Korban Dan Akikah di Tanah Suci Makkah

By August 30, 2018 No Comments

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera kepada semua. Selawat dan Salam juga buat junjungan besar Baginda Muhammad s.a.w dan seluruh jiwa yang berjuang di atas nama Islam. Semoga kita semua berada di bawah lembayung rahmat Ilahi. Insya Allah, Amin.

Alhamdulillah Hari Raya Aidiladha telah pun berlalu, kini kita berada di bulan Zulhijjah. Bulan ini sering dikaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS. Kisah pengorbanan bagaimana seorang ayah terhadap anaknya demi tuntutan daripada Allah s.w.t. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat berdasarkan kisah ini.

Sesetengah daripada kita menganggap ibadah qurban ini hanya untuk orang yang sudah kaya raya. Yang tidak tahu nak habiskan wang di mana lagi. Silap besar sebenarnya. Ibadah Qurban ni terlalu banyak rahsia tersembunyi yang kita tidak akan tahu. Jika dilihat betul-betul, kelebihannya juga sudah terlalu besar bagi kita antaranya ialah menghidupkan sunnah, memberi orang makan dan lain-lain.

Kini, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan soal ibadah seperti ini sebagai keutamaan. Kesungguhan kita berkorban pada jalan Allah itu merupakan satu perkara yang sebenarnya kita boleh lakukan. Cumanya pada diri kita, mahu atau tidak sahaja.

Ibadah korban di Makkah

Ibadah Akikah di Makkah

Contoh Kambing

“tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Idhul Adha selain menyembelih Qurban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Dan sesungguhnya darah Qurban lebih dahulu tercurah kerana Allah sebelum ia tercurah ke bumi yang membuat jiwa menjadi tenang” (HR At-Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Bilakah Waktu Perlaksanaan Korban:

Bermula waktu korban setelah terbit matahari pada hari raya AidilAdha, iaitu pada 10 zulhijjah, dan berlalu waktu setelah terbit matahari sekadar dua rakaat sembahyang hari raya dan dua khutbah yang ringkas, jika disembelih sebelumnya maka tidak sah.

Diriwayatkan oleh Bara’ bin Azib RA bahawa Rasul SAW bersabda:

‘Pertama sekali yang kami mulakan pada hari ini ialah sembahyang hari raya, kemudian kami pulang, kemudian kami menyembelih, sesiapa yang melakukan sedemikian itu ia menepati sunnah kami, dan sesiapa yang sembelih sebelum yang demikian itu maka ia adalah daging yang disedekahkan kepada keluarganya, dan tiada daripadanya sesuatu ganjaran ibadah’.

Berterusan waktu korban hingga akhir hari-hari tasyriq, iaitu selama empat hari.

Riwayat dari Jubair Bin Mut’im: bahawa Rasul SAW bersabda:

‘Hari-hari tasyriq itu semuanya waktu sembelih’.

Ibadah Korban dan Akikah di Makkah 1439H/2018M

Selain ibadah qurban, akikah juga sering kali dilakukan di Tanah Suci Makkah. Bagi mereka yang teringin melakukan ibadah akikah untuk anak-anak atau sedara mara yang lain Nur Multazam Travel sedia membantu.

Korban Dan Akikah di Tanah Suci Makkah

Sijil Korban & Akikah di Tanah Suci bersama Nur Multazam

Contoh sijil melakukan korban dan akikah bersama Nur Multazam Travel

Alhamdulillah, pihak Nur Multazam Travel telah membuka tempahan pada semua untuk melakukan ibadah Qurban dan Akikah di Mekah pada tahun depan 1440H/2019M. Tempahan dibuka sehingga sebulan sebelum hari raya aidiladha.

Sekiranya berminat untuk melaksanakan ibadah Qurban dan Akikah di Makkah, sila lihat harga di bawah atau pada gambar:

Berikut adalah harga bagi tempahan qurban atau aqiqah :

  1. Kambing aqiqah (Makkah) : RM550/ekor
  2. Kambing qurban (Makkah) : RM550/ekor

Kepada yang ingin membuat tempahan sila layari laman sesawang berikut :

Website : www.umrahsabah.com

Pejabat : 088-216 366

Whatsapp : 016-223 7579 l 013-804 7579

Diuruskan sepenuhnya oleh:

NUR MULTAZAM TRAVEL & SERVICES SDN BHD (KPK/LN7425)
Agensi pelancongan dengan lesen IOT dari Kementerian Pelancongan Malaysia

Leave a Reply