Badal Haji

BADAL / UPAH HAJI 2021

By July 23, 2020 No Comments
BACAAN TAHLIL DIPIMPIN OLEH UST MUSYAYIN – BADAL HAJI 2018

” Masih belum terlambat hadiahkan BADAL HAJI kepada tersayang yang telah pergi meninggalkan kita “.

MUDAH, AMANAH, DIYAKINI ! Ini lah slogan yang digunakan oleh syarikat NurMultazam. MUDAH – Memudahkan proses pendaftaran sama ada melalui online atau pun walk in di pejabat kami. AMANAH – Kami amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, In shaa Allah 100% dilaksanakan. DIYAKINI – Pakej kami bukan sahaja mendapat sambutan di Sabah tetapi juga di Sarawak & Labuan. Menerima hampir 500 tempahan setiap tahun, pastinya pakej kami adalah yang terbaik dan boleh dipercayai.

Seperti yang kita tahu Badal / Upah Haji bermaksud mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi melaksanakan ibadat haji ke atas dirinya di sebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan ia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata, “Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah saw. menjawab, “Boleh.” Ini pendapat Imam Syafi’i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, “Tidak wajib.”

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi’i dan Hanbali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, “Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan.” Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah.” Rasulullah saw. bertanya, “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?” Ia menjawab, “Belum.” Beliau bersabda, “Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”

Merancang untuk membuat Badal / Upah haji pada tahun 2021? Anda belum jumpa syarikat yang boleh dipercayai? Jangan risau syarikat NurMultazam Travel menyediakan Pakej Badal / Upah Haji 2021 untuk mempermudahkan segala urusan waris. Dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak kami, anda tidak perlu lagi pening untuk memikirkan dimana harus melaksanakan badal / upah haji kerana perkhidmatan kami adalah memuaskan dari segi pengurusan dan layanan.

MAJLIS TAHLIL & PEMYAMPAIAN SIJIL BADAL HAJI 2019

MENGAPA ANDA PERLU MELAKSANAKAN BADAL / UPAH HAJI 2021 BERSAMA NURMULTAZAM TRAVEL?

  1. Kami adalah Syarikat Bumiputera Sabah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (KPK/LN: 7425), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1039136-X) & Ahli MATTA (MA5046).
  2. Petugas yang bertauliah dan berpengalaman dan dipantau penuh oleh Mutawwif dari segi perlaksanaan ibadah haji.
  3. Berpengalaman menguruskan Umrah & Badal Haji lebih dari Enam (6) Tahun.
  4. Dipercayai, diyakini, dijamin bebas dari penipuan dan telah menguruskan lebih dari 500 pendaftaran Badal Haji.
CENDERAHATI

Mahu daftar Badal / Upah Haji 2021? Klik link https://www.badalhajiumrah.com/

Leave a Reply