Umrah

9 PERKARA MENARIK TENTANG KAABAH YANG RAMAI TIDAK TAHU

By July 18, 2020 No Comments

Kaabah merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji dan umrah. Disebalik indahnya Kaabah ada juga cerita menarik yang pastinya ramai yang tidak tahu. Inilah 9 cerita disebalik indahnya Kaabah di tanah haram.

1.KAABAH MENGALAMI KEROSAKKAN

Kaabah pernah mengalami kerosakkan akibat faktor bencana alam dan faktor usia binaan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kaabah pernah dibaiki semula sebanyak 12 kali dan yang terakhir kali Kaabah dibaiki semula sekitar tahun 1996 dengan menggunakan teknologi masa kini.

2.WARNA KISWAH (KELAMBU KAABAH)

Pada awalnya, Warna kiswah belum lagi ditentukan. Pada zaman nabi Muhammad sehingga zaman khalifah dulu warna kiswah sering ditukar dengan warna merah, putih dan hijau. Akan tetapi pada zaman kerajaan Abbasiah, khalifah pada masa itu telah menetapkan bahawa warna kiswah adalah warna hitam.

3.BENTUK KAABAH

Ketika nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail membina Kaabah, asas bagi binaannya adalah berbentuk D iaitu ada di satu sisi yang berbentuk melengkung akan tetapi pada zaman Quraisy, mereka membina semula Kaabah tetapi telah kehabisan dana dan tidak sempat untuk menyiapkannya. Oleh itu, Kaabah yang sekarang berbentuk peta persegi dan lebih kecil daripada Kaabah terdahulu.

4.KAABAH MEMPUNYAI 2 PINTU

Pada mulanya, Kaabah mempunyai 2 pintu dan 1 tingkap pada salah satu dindingnya. Namun yang kita ketahui pada masa kini Kaabah hanya mempunyai satu pintu dan tidak mempunyai tingkap lagi.

5.DALAMAN KAABAH

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang ada didalam Kaabah. Baiklah, sebenarnya didalam Kaabah terdapat 3 tiang utama yang menyokongnya. Selain itu, didalamnya juga terdapat kain hijau yang dihiasi dengan ukiran ayat-ayat Al-Quran dan di dinding pula terukir nama tokoh-tokoh hebat yang pernah membangunkan Kaabah.

6.PEMBERSIHAN KAABAH 2 KALI SETAHUN

Bagi pembersihan Kaabah akan dijalankan pada bulan syaaban dan zulkaedah pada setiap tahun. Ketika aktiviti pembersihan dijalankan, gabenor Mekah akan menjemput beberapa orang kenamaan untuk ikut serta dalam aktiviti pembersihan.

7.PINTU KAABAH PERNAH DIBUKA UNTU SEMUA

Pada zaman dahulu, pintu Kaabah dibuka untuk semua jemaa yang datang agar dapat berdoa didalam Kaabah namun semakin hari semakin banyak jemaah yang datang sehingga tidak dapat menampung kesemuanya. Oleh itu, pintu Kaabah telah ditutup dan akan dibuka untuk jemaah tertentu sahaja.

8.PENJAGA KUNCI KAABAH DARI KELUARGA AL-SHAIBI

Sejak dari awal lagi keluarga Shaibi telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah. Ketika Nabi Muhammad menyerahkan kunci kepada Osman bin Talha, waktu inilah Osman bin Talha mengatakan kunci Ka’bah ini akan dipegang oleh keluarganya secara turun-temurun sehinggalah kiamat. Oleh itu, hanya keturunan Shaibi sahaja yang mepunyai hak terhadap kunci Kaabah dan penjagaan Kaabah.

9.HAJAR ASWAD PERNAH ROSAK

Bermaksud batu hitam atau nama isteri Nabi Ibrahim A.s yang membawa maksud berkulit gelap. Batu ini terletak di bahagian bucu Kaabah. Pada awalnya, Hajar Aswad merupakan seketul batu yang besar namun berlakunya masalah yang membuatkannya terbelah menjadi 8 bahagian yang berbeza saiznya dan kini serpihan batu itu diletakkan di dalam bingkai perak. Faktor kerosakkan batu ini juga ialah diakibatkan oleh bencana alam iaitu banjir dan pernah dicuri.

Menarikkan cerita berkenaan Kaabah. Saya pasti ramai yang tidak tahu tentang 9 cerita yang saya jelaskan tadi. Alhamdulillah semoga bermanfaat buat semua.

Bercadang untuk menunaikan Umrah? Ba klik link ini untuk info lebih lanjut berkenaan pakej umrah Nurmultazam Travel https://www.umrahsabah.com/v2/

Atau terus whatsapp staff Nurmultazam Travel di 016-223 7579 / 013-804 7579

Leave a Reply