Umrah

Umrah Ramadhan 2020

By December 21, 2019 December 23rd, 2019 No Comments

Harga Yang Dipaparkan Tidak Termasuk Caj Visa Tambahan RM345

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa khabar semua? Saya harap anda semua baik-baik sahaja dan semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Tidak lama lagi masuknya tahun baru dan tanpa kita sedari tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Adakah anda ingin menunaikan umrah dalam bulan ramadhan??

Apa keistimewaan menunaikan umrah pada bulan Ramadhan? Rasulullah SAW telah bersabda: “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji. Jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan akan memperoleh ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di Masjidil Haram. Lebih-lebih lagi jika dilakukan pada sepuluh malam terakhir pada bulan tersebut.

Jemaah yang mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan akan mendapatkan pengampunan dari Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW iaitu: “ibadah umrah ke ibadah umrah berikutnya adalah penggugur dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tiada balasan bagi pelakunya melainkan syurga”(HR. al-Bukhari dan Muslim).

Kepada sesiapa yang berminat ingin merasai kenikmatan berada di tanah suci pada bulan Ramadhan, kami di Nur Multazam Travel & Services telah menawarkan pakej perjalanan umrah ramadhan mengikut pilihan anda,  termasuk pakej menyambut bulan Ramadhan pada 16 April – 29 April 2020, harga pakej bermula dari RM7,690. Manakala Umrah Awal Ramadhan iaitu pada 22 April – 5 Mei 2020 harga bermula dari RM7,890. Juga terdapat Umrah Akhir Ramadhan iaitu pada 14 Mei – 26 Mei 2020 harga pakej bermula dari RM10,990 dan Umrah Ramadhan sehingga Syawal iaitu pada 20 Mei – 2 June 2020, harga bermula dari RM 7,890 sahaja.

Anda tidak perlu risau, kerana Nur Multazam Travel & Service telah berdaftar sepenuhnya dengan Kementerian Pelancongan(KPK/LN7425) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1039136-X). Selain itu, harga pakej termasuk penerbangan terus dari Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau) dengan menaiki Malaysia Airlines(MAS) dan Royal Brunei Airlines.

Pengiring jemaah merupakan warga tempatan dari Sabah sendiri. Pembimbing Mutawwif yang mesra dan berpengalaman khususnya hal-hal yang berkaitan umrah serta mendapat bimbingan mutawwifah bagi jemaah wanita di Raudah. Lokasi pejabat yang strategik dan dikendalikan 100% oleh Bumiputera Sabah.

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran pahala yang besar dalam bulan Ramadhan dengan mengikuti Nur Multazam Travel & Service Sdn. Bhd. bagi menemani perjalanan umrah anda. Ingat Air Zam-zam Ingat Nur Multazam.

Umrah Ramadhan 2020

Sesiapa Yang Berminat Hubungi:

No Pejabat: 088 216 366

No Whatssap: 016-223 7579

Leave a Reply