Umrah

UMRAH 2021

By July 21, 2020 July 24th, 2020 No Comments

Tahun 2020 adalah tahun yang kurang menyenangkan untuk semua rakyat di seluruh dunia. Penularan penyakit yang dipanggil Covid-19 atau lebih dikenali sebagai koronavirus telah memberikan impak yang sangat besar terhadap Sosial dan Ekonomi di seluruh dunia. Penyakit ini berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) yang dimulai oleh negara China dan seterusnya merebak ke serata dunia.

Industri pelancongan juga tidak terkecuali. Banyak Syarikat pelancongan yang mengalami kerugian akibat daripada Covid-19 kerana hampir seluruh dunia mengalami “Lockdown” dan menutup pintu sempadan bagi mengekang kemasukkan pelancongan daripada luar negara. Begitu juga dengan Malaysia, rakyat diminta untuk tetap berada dirumah masing-masing dan tidak dibenarkan keluar sama sekali tanpa ada urusan yang penting. Selain itu, penerbangan keluar masuk negara juga telah ditutup untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

Syarikat pelancongan yang paling terkesan adalah syarikat yang membuat pakej Umrah dan luar negara iaitu Outbound. Pada tahun 2020 semua penerbangan ke Tanah suci telah dibatalkan kerana buat sementara waktu pihak Arab Saudi tidak menerima Jemaah sehingga semuanya beransur pulih. Oleh itu, semua penempahan pakej Umrah yang telah ditempah tahun 2020 akan dibawa ke tahun hadapan iaitu tahun 2021.

 Jika semuanya kembali pulih seperti biasa Umrah 2021 akan berjalan seperti sedia kalanya tetapi mungkin SOP bagi setiap syarat akan lebih diperketatkan lagi untuk memastikan penularan ini tidak berterusan dan merebak secara meluas. Oleh itu, semua rakyat diminta untuk terus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan supaya semua aktiviti dapat dijalankan semula dan kita juga dapat menunaikan Umrah pada tahun 2021.

Marilah kita sama-sama berdoa agar Covid-19 segera lenyap dari muka bumi ini. Semoga kita dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada tahun 2021. Rindu tersangat rindu akan suasana di Tanah Suci. Buat mereka yang bercadang untuk melakukan umrah pada tahun 2021, jangan ditangguhkan lagi niat itu teruslah tunaikan umrah sebaik sahaja dibuka oleh kerajaan Arab Saudi.

Jom umrah bersama Nurmultazam Travel. Untuk info lebih lanjut berkenaan Umrah 2021 klik link https://www.umrahsabah.com/v2/

PENERBANGAN TERUS DARI SABAH MENAIKI ROYAL BRUNEI / MALAYSIA AIRLINES.

CALL TERUS ATAU WHATSAPP STAFF NURMULTAZAM TRAVEL:

016-223 7579 – MARIANA

013-804 7579 – NURAIN

Leave a Reply