Sabah adalah salah satu negeri yang mempunyai banyak suku kaum. Selain itu, Sabah juga terkenal dengan pemandangan hutan, gunung, pulau dan juga memiliki tempat yang menarik untuk anda kunjungi pada bila-bila masa sahaja. Di samping keindahan bentuk muka bumi, negeri di bawah bayu ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang kebanyakannya dapat mendekatkan anda dengan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

Ini adalah tempat yang harus anda kunjungi ketika berada di Sabah. Tempat-tempat yang akan kami terangkan di bawah ini bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelacongan dalam negara tetapi juga pelancong dari luar negara.

1.KOTA KINABALU

Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Kota Kinabalu. Antaranya ialah:

  • Pasar Filipina

Sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis barangan berupa kraftangan, cenderamata, buah-buahan, sayur-sayuran, makanan seafood dan banyak lagi. Anda juga boleh membeli dengan banyak kerana harga yang ditawarkan adalah berpautan.

  • Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Ialah masjid utama kedua yang dibina di bandar Kota KinabaluSabahMalaysia selepas Masjid Negeri. Masjid ini terletak di persisiran pantai Likas. Masjid ini boleh menampung 12,000 orang jemaah pada satu masa. Masjid tersebut telah dibuka dengan rasminya pada 18 Februari 2000 berikutan pengisytiharan bandar Kota Kinabalu sebagai sebuah bandar raya. Masjid ini mempunyai ciri-ciri Masjid Nabawi dengan hampir 70 peratus kawasan masjid dikelilingi air. Masjid ini menjadi salah satu pusat pelancongan di Sabah.

  • Pulau-pulau menarik

Di Kota kinabalu, terdapat 3 pulau yang sering dikunjungi oleh pelancong dan orang awam kerana memiliki keindahan alam yang semulajadi. Pulau-pulau itu ialah Manukan, Sapi, dan Mamutik.

  • Signal Hill Observatory Platform

Bentuknya seperti UFO, tapi bukanlah UFO, disinilah tempat yang anda dapat menikmati pemandangan terindah dan terbaik sekitar Kota Kinabalu. Anda juga dapat melihat pemandangan laut yang kebiru-biruan dari sini dengan angin yang sepoi-sepoi. Memang terbaiklah pemandangan dari atas sana.

2.KUNDASANG

Kundasang adalah tempat yang mempunyai tarikan yang unik. Jika anda ke sana anda akan merasa seperti berada di luar negara. Semak tempat yang anda boleh kunjungi di Kundasang.

  • Desa Cattle Dairy Farm

Desa Cattle Dairy Farm juga dikenali sebagai New Zealand kecil ini tersangatlah cantik kerana pemandangannya yang indah dan ditambah dengan gunung-ganang yang kehijauan. Terdapat banyak lembu yang juga menjadi tarikan pelancong. Di sana juga terdapat aiskrim yang dibuat dari susu lembu asli dan produk-produk yang dihasilkan dari tenusu. Ianya sangat sedap dan segar!

  • Kundasang War Memorial Park

Tapak memorial ini adalah tempat untuk memperingati wira-wira warga Australia, British dan masyarakat tempatan yang terbunuh sewaktu peperangan dunia kedua meletus. Selain daripada mengingati wira-wira, anda juga boleh menikmati pemandangan disana.

  • Ladang Teh Sabah

ladang ini adalah lading teh organik yang satu-satunya di kepualauan Borneo dan berketinggian 2272 kaki dari aras laut dan berkeluasan 6200 ekar. Disana anda akan dapat melihat pemandangan ladang teh yang cantik.

  • Pekan Kundasang & Pekan Nabalu

Pekan yang dipenuhi dengan banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dari ladang. Para peladang akan menghantar sayur serta buah di pekan itu untuk dijual. Selain daripada makanan yang segar, udaranya juga turut segar dan sejuk seperti berada di Cameron Highland. Barang-barang seperti kraftangan yang dibuat oleh orang tempatan  juga boleh didapati di sana.

  • Kinabalu National Park

tempat yang menarik disebabkan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Tempat ini juga adalah lokasi bagi pendaki yang ingin mendaki gunung kinabalu. Anda juga boleh berjalan kaki ke kawasan air terjun, jungle trekking, melihat atau mengunjungi pusat maklumat taman kinabalu dan sebagainya.

3.SEMPORNA

Semporna bukan sahaja terkenal dengan pulau-pulaunya yang indah dengan pasir yang memutih halus, malah di sana juga kaya dengan makanan laut yang segar dan murah. Kalau anda jenis yang suka bercuti sambil makan sepuas-puasnya, Semporna pasti menjadi destinasi terbaik untuk percutian anda kali ini. No wonder lah kenapa Semporna di gelar sebagai Maldives Sabah kerana pulaunya yang sangat cantik dan airnya yang jernih. Kami kongsikan tempat menarik di Semporna yang menjadi pilihan pelancong dalam dan luar negara.

  • Pulau sipadan

Pulau ini adalah salah satu pulau yang tercantik di Sabah. Pulau ini berbentuk seperti cendawan apabila dilihat dari dalam air ini merupakan satu-satunya pulau di Malaysia yang terhasil daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Bukan itu saja, pulau ini juga terkenal dengan pasirnya yang putih, halus, dan lembut.  Ikan-ikan dan batu karang yang terdapat di Pulau Sipadan adalah berkelas dunia. Tak hairanlah mengapa Pulau Sipadan menjadi antara lokasi scuba diving yang paling cantik di dunia.

  • Pulau Mabul

Pulau ini juga amat terkenal di kalangan pelancong luar dan dalam Malaysia. Ini kerana keindahan hidupan lautnya. Pulau ini terletak sekitar 20 minit dari pulau Sipadan dengan hanya menggunakan bot. Pulau ini juga adalah lokasi yang best untuk buat aktiviti snorkeling dan scuba diving.

  • Pulau Bohey Dulang

Pulau ini cukup terkenal dengan pemandangannya yang indah. Menurut cerita orang dulu-dulu, Bohey Dulang bermaksud air dulang dan ada juga yang mengatakan pulau ini mendapat nama Pulau Bohey Dulang kerana bentuknya yang seperti dulang air.

  • Pulau Mataking

Air jernih? Di sinilah pulau yang mempunyai air yang tersangatlah jernih sehingga nampak kehidupan yang ada di dalam air. Terdapat chalet untuk para pelancong yang ingin bermalam disini dan ianya salah satu pulau selamat kerana dikawal oleh askar untuk memastikan keselamatan pelancong terjaga.

Pulau Mataking terkenal di kalangan scuba divers kerana pemandangan dasar lautnya yang cantik. Penyelam skuba dari seluruh dunia datang ke sini untuk menikmati keindahannya.

Kalau anda tak minat dengan aktiviti scuba diving, anda boleh luangkan masa di sini untuk berjemur, bermain pasir, mandi, berenang, dan semestinya bersnorkeling melihat ikan dan batu karang yang banyak terdapat diperairan Pulau Mataking.

Sebagai negeri kedua yang terbesar di Malaysia yang terletak di kepulauan Borneo yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia, sukar untuk dikalahkan oleh negeri lain dari segi bilangan destinasi menarik untuk dilawati. Kekayaan flora dan faunanya menjadi idaman ramai para pelancong dalam dan luar negara yang menginginkan ketenangan dari kesibukan kota.

Anda rasa senarai ini pun sudah cukup banyak untuk membuktikan keindahan dan keunikan negeri ini? Tidak sama sekali, sebenarnya banyak lagi destinasi menarik yang terdapat di Sabah, sebab tu anda harus datang sendiri melancong ke Sabah untuk melihat sendiri keindahan dan kecantikan Bumi Sabah ini.

Anda tidak tahu bagaimana cara nak melancong ke Sabah? Tidak mengapa, kami ada menyediakan pakej yang bersesuaian dengan bajet anda. Apa tunggu lagi, buatlah tempahan dengan kami melalui website/ terus call staff kami.

Klik link untuk lihat senarai pakej yang kami sediakan https://www.pakejsabah.my/

Leave a Reply