Pelancongan

KENALI 4 MUSIM DI KOREA

By August 7, 2020 August 11th, 2020 No Comments

Assalamualaikum semua, Hai everyone ! Okay, hari ini admin nak cerita berkaitan dengan musim-musim yang ada di Korea. Korang pun semua tahu kan kalau di Korea tu mempunyai empat musim iaitu Musim Salji, Bunga, Panas dan Luruh. Sebelum kamu melancong ke sana, kamu perlu tahu dan membuat research berkaitan musim yang korang nak pergi. Kena tahu yer nanti tak pasal-pasal korang pergi musim salji tapi pakaian yang korang bawa tu pakaian seperti musim panas. Beku la kamu di Korea nanti kalau macam tu ahahah. Okay dah-dah lets start ! kang makin banyak admin merapu nanti.

Okay jom kita lihat musim apa saja yang ada di Korea.

  1. MUSIM PANAS

Musim yang pertama ialah musim panas. Musim ini kebiasaannya terjadi pada bulan Jun hingga ogos tetapi kemuncak paling panas ialah pada bulan julai hingga akhir bulan Ogos. Tahap kepanasannya boleh mencecah 23-25 darjah selsius. Pada musim panas, orang Korea lebih suka pergi ke tempat peranginan di tepi pantai. Terutamanya pasir pantai yang luas dan air yang jernih di beberapa daerah termasuk Mangsang, Naksan, Seokcho, Gyeongpo dan Hwajin. Pantai resort lain yang juga terkenal di sana ialah Laut Kuning di mana berbeza tahap air pasang surutnya dan Pulau Jeju yang terkenal dengan keindahan alam semula jadinya. Di wilayah laut selatan juga seperti Gyeongpodae dan Haeundae penuh dengan orang ramai yang ingin menikmati pantai musim panas. Pada musim ini juga, mereka lebih suka bercuti berbanding bekerja atau sekolah.

Kalau korang nak pergi korea musim panas boleh bawa baju seperti yang korang pakai di Malaysia. Contoh seperti Tshir, Jaket, Sneakers, Jeans, Topi dan sebagainya.

  • MUSIM SEJUK

Musim yang kedua pula ialah musim sejuk ataupun musim salji. Musim ini akan terjadi diantara bulan Disember hingga bulan Februari. Sejuknya boleh mencapai 3 hingga -12 darjah celsius. Oleh itu, jika anda melancong ke Korea pada musim ini jangan lupa pula bawa baju sejuk ya. Penting untuk membawa Winter coat, gloves, long jhon, hood, muffler scarf, stokin, boots dan sebagainya. Cuaca di Korea pada musim salji sangat sejuk terutama pada penghujung bulan disember sehingga februari.

Bila sebut musim salji apa aktiviti yang korang dapat bayangkan? Salah satunya adalah Ski. Yess ski. Sukan ski sangat popular dan paling di tunggu-tunggu ketika musim salji. Banyak tempat di Korea yang korang boleh pergi untuk bermain ski. Bayaran pun tak mahal dalam 50-80 ribu won sahaja untuk seorang.

  • MUSIM LURUH

Seterusnya ialah, musim gugur. Musim ini akan terjadi pada bulan September hingga November. Musim ini sangat sesuai jika anda ingin melancong kesana dengan cuaca yang indah, udara di musim gugur dingin juga kering, dan langit biru dengan sedikit awan. Musim luruh juga ialah musim menuai. Walaupun sibuk menuai, para petani di Korea lebih suka musim ini dan mengelarnya musim kemewahan. Selain itu, daun-daun mapel bertukar warna dan orang ramai bersesak-sesak untuk melihat daun mapel di gunung-gunung yang terkenal seperti Gunung Seorak, Gunung Jiri, Gunung Odae, gunung Chiak, gunung Naejang.

Korang yang suka keadaan berwarna-warni memang sesuai pergi musim luruh. Musim ini semua daun akan bertukar warna kekuning-merahan. Sangat lawa untuk posing ambil gambar. Musim ni korang boleh bawa pakaian yang tak berapa tebal tapi still kena bawa sweater ya sebab musim ni cuacanya agak sejuk juga.

  • MUSIM BUNGA

Pada akhir Mac, bahagian selatan Korea akan mula diwarnai dengan bunga forsythia, azalea, dan bunga ceri untuk menandakan kedatangan musim bunga. Setiap daerah akan mengadakan pelbagai festival bunga termasuk Pulau Jeju. Pulau Jeju adalah pulau terbesar di Korea dan terletak di sebelah selatan Korea. Ketuka musim ini, anda akan melihat banyak bunga yang akan mengembang dan mewarnai setiap jalan. Pada musim ini cuaca tidak lah begitu sejuk dan tidak juga terlalu panas. Jika anda seorang penggemar akan bunga, baik anda melancong ketika musim bunga kerana anda akan terpengun melihat keindahan bunga-bungaan nya.

Musim bunga adalah musim dimana cuacanya tak sejuk dan tak panas. Angin sepoi-sepoi gituu. Time ni korang boleh bawa pakaian casual seperti jeans, Tshirt, Jaket, sneaker dan sebagainya.

Musim apa favourite korang? Kalau admin semua musim admin suka kecuali musim panas. Yelar Malaysia ni kan panas takkan nak pergi musim panas pulak kan.

Lepas baca ni mesto korang teringin nak pergi Korea kan? At least sekali seumur hidup korang kena jejak kaki di Bumi Kpop ni. Cantik, bersih, banyak tempat korang boleh pergi. Memang tak rugi pergi sini. Marilah ikut pakej Nurmultazam Travel. Kami urus dari A-Z. Penerbangan pun terus dari KK ke Korea. Tak perlu lagi transit di KL. Buang masa. Ba kamu klik jak ni link ya kalau berminat http://www.umrahsabah.com/v2/tour/

Leave a Reply