Pelancongan

KENALI 4 MUSIM DI JEPUN

By August 10, 2020 No Comments

Mari kita ketahui musim yang ada di Jepun. Sebelum ni kita telah membincangkan mengenai musim di Korea kan? Okay, kali ini kita akan bincangkan musim di Jepun lagi. Bagi mana-mana yang berminat untuk melancong ke Jepun anda bolehlah baca ini untuk mendapatkan info mengenai musim yang anda inginkan ketika melancong kesana.

Jepun mempunyai empat musim iaitu, musim bunga (bulan Mac hingga Mei), musim panas (bulan Jun hingga Ogos), musim luruh (bulan September hingga November) dan musim sejuk (bulan Disember hingga Februari). Kesemua musim tersebut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Negera Jepun berbentuk kecil dan memanjang.

  • MUSIM BUNGA

Jepun terkenal dengan pelbagai jenis bunga tetapi bunga yang paling terkenal dikalangan pelancong luar dan dalam ialah bunga sakura. Jepun juga akan dipenuhi dengan ribuan bunga sakura yang mengembang ketika musimnya. Musim ini akan bermula pada akhir bulan Mac dan awal bulan April dan tempat yang menarik untuk melihat bunga sakura ialah di Tokyo.

Bagi musim bunga suhu purata tidaklah mencecah sehingga 0 darjah celcius. Tetapi harus diingat, pada waktu hujan, suhu mungkin mencecah sehingga 5 darjah celcius.

Untuk musim ini kami sarankan anda memakai jaket atau sweater ketika berjalan-jalan di luar. Pilihlah baju di bahagian dalam yang sedikit tebal bagi mengelakkan anda kesejukkan. Untuk pilihan seluar, jeans antara pilihan terbaik kerana tekstur kain yang tebal. Pilih kasut yang kalis air kerana ada ketika hujan turun sepanjang hari. Kasut yang basuh boleh menyebabkan anda tidak selesa dan rimas.

Sarung tangan atau muffler bukanlah wajib untuk dibawa. Tetapi bagi yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, boleh pertimbangkan pilihan tersebut.

  • MUSIM SEJUK

Selain daripada musim bunga, Jepun juga mengalami musim sejuk yang boleh mencapai suhu dibawah darjah celcius. Kawasan Hokuriku, Tohoku dan Hokkaid adalah tempat yang akan mengalami salji yang tebal dan tidak juga sama kalahnya dengan Tokyo. Pada musim ini penduduk disana akan merayakan perayaan yang dipanggil “Omisoka (malam tahun baru)” dan tepat pada 31 Disember jam 12 tengah malam orang orang Jepun akan makan Soba (mi soba) yang merupakan adat resam mereka. Orang Jepun akan menyambut tahun baru dengan makan makanan hidangan tahun baru yang dipanggil “Osechi Ryori” dan minuman wain beras dipanggil “Sake”.

Untuk musim sejuk cuaca bisa mencapai sehingga negatif darjah celcius, jadi baju sejuk tebal merupakan baju yang wajib ada ketika melancong pada musim ini. Jangan bergantung kepada jaket atau sweater biasa kerana ianya tidak mampu menahan asakan angin sejuk. Pilihlah baju sejuk yang dibuat daripada material yang berkualiti dan tahan lasak.

Pakaian di dalam pilihlah pakaian yang berkain tebal. Jika anda tidak tahan cuaca sejuk, mungkin boleh pertimbangkan memakai ‘long john’ di bahagian dalam baju bagi memerangkap haba. Sediakan sarung tangan dan muffler bagi membantu anda menahan asakan angin sejuk. Pilih seluar dari kain yang tebal seperti jeans dan gunakan kasut yang kalis air. Keadaan akan menjadi lebih sejuk jika hujan turun pada hari tersebut.

  • MUSIM PANAS

Pada akhir bulan Jun hingga pertengahan Julai Jepun akan mengalami musim hujan dan panas yang dialami akan bermula dari hujan sehingga cuaca disana menjadi sejuk dan ianya dipanggil “Tsuyu-ake”. Apabila musim hujan telah berakhir, maka cuaca akan mendadak panas. Setiap musim mestilah ada perayaannya sendiri, perayaan musim panas akan disambut di seluruh Jepun dari Julai hingga akhir Ogos. Mereka merayakannya dengan berarak di bandar sambil memegang kuil mudah alih. Bunga api yang dipasang ditebing sungai juga akan menghiasi langit pada musim ini.

Jika anda merancang untuk melancong ke Jepun pada musim panas, persediaan daripada segi pakaian tidaklah membebankan. Ini kerana suhu di Jepun pada musim panas adalah lebih kurang sama seperti di Malaysia.

Bagi lelaki, memadai t-shirt atau kemeja biasa dipadankan dengan seluar yang sesuai. Bagi wanita, t-shirt atau blaus yang mempunyai pengaliran udara yang baik amat digalakkan.

Jika anda banyak terlibat dengan aktiviti di luar, elakkan memilih warna yang gelap seperti hitam kerana pada musim panas cahaya mataharinya agak terik. Warna yang gelap akan memerangkap haba dan menyebabkan badan anda menjadi lebih panas.

Elakkan memilih baju yang material tebal dan yang tidak dapat mengalirkan udara dengan baik. Pemilihan pakaian yang silap akan menyebabkan anda rasa tidak selesa sepanjang hari.

  • MUSIM LURUH

Kita akan dapat rasakan tibanya musim luruh apabila malam menjadi dingin dan masa pada waktu siang akan menjadi pendek. Kawasan bukit bukau, tepi-tepi jalan akan dipenuhi dengan dedaunan merah kuning. Ianya lebih mencantikkan lagi pemandangan ketika musim luruh ini. Musim luruh di Jepun ini akan berlaku mengikut kawasan seperti kawasan Fuji akan mengalami musim luruh pada bulan November dan kawasan Tokyo, Osaka, Kyoto pada penghujung November sehingga awal bulan Disember.

Untuk musim ini sama seperti musim bunga kami sarankan anda memakai jaket atau sweater ketika berjalan-jalan di luar. Pilihlah baju di bahagian dalam yang sedikit tebal bagi mengelakkan anda kesejukkan. Untuk pilihan seluar, jeans antara pilihan terbaik kerana tekstur kain yang tebal. Pilih kasut yang kalis air kerana ada ketika hujan turun sepanjang hari. Kasut yang basuh boleh menyebabkan anda tidak selesa dan rimas.

Sarung tangan atau muffler tidaklah merupakan satu kemestian. Tetapi bagi yang tidak tahan dengan cuaca sejuk, boleh pertimbangkan pilihan tersebut. Musim luruh itu cuacanya lagi sejuk berbanding musim bunga terutama pada bulan november.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda memeriksa cuaca pada hari tersebut. Hal ini kerana hujan di Jepun kadang kala turun sepanjang hari. Pemilihan pakaian dan kasut yang tidak sesuai akan menyebabkan mood melancong anda terganggu. Semoga percutian anda dapat memberikan 1001 kenangan yang manis buat anda yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Teringin melancong ke Negara Terbit Matahari? Tak perlu pening-pening fikir, jom mendaftar bersama Nurmultazam Travel. Kami atur percutian anda dari A-Z. Pakej kami 100% muslim tour, aturcara yang tersusun rapi dan paling penting terbang dari Kota Kinabalu.

Berminat? Klik link untuk info lanjut http://www.umrahsabah.com/v2/tour/

Leave a Reply