Umrah

5 RUKUN UMRAH YANG WAJIB ANDA TAHU

By July 16, 2020 No Comments

5 PERKARA DALAM RUKUN UMRAH:

  1. Niat Di Miqat
  2. Tawaf mengelilingi Kaabah
  3. Sai’e dari Safa ke Marwah
  4. Tahallul (bergunting/bercukur)
  5. Tertib

Mari kita huraikan satu persatu perkara yang terdapat dalam Rukun Umrah.

  1. NIAT IHRAM DI MIQAT
Miqat di Bir Ali

Setiap perbuatan/ibadah mestilah dimulakan dengan niat. Jika seseorang terlupa/sengaja untuk tidak berniat maka umrahnya tidak sah. Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya.

Lafaz niat:

نَوَيْتُ العُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لله تَعَالَى  

Maksudnya: “Sahaja aku berniat Umrah dan berihram aku untuk melaksanakannya kerana Allah Ta’ala”.

Setelah melakukan niat, para jemaah hendaklah meninggalkan perbuatan yang haram dan disunatkan untuk perbanyakkan bertalbiah.

Perkara yang membatalkan ihram:

  • PAKAIAN
  • Memakai pakaian berjahit/bercantum (lelaki).
  • Memakai sarung tangan.
  • Menutup seluruh bahagian kepala (lelaki).
  • Menutup muka (wanita).
  • WANGIAN
  • Memakai wangian yang mengandungi bau samaada di badan ataupun dipakaian.
  • Memakai minyak di kepala /janggut.
  • KECANTIKAN
  • Memotong kuku.
  • Menanggalkan rambut/bulu dari badan.
  • HUBUNGAN JANTINA
  • Melakukan mukaddimah kepada persetubuhan.
  • Melakukan persetubuhan.
  • Berkahwin, mengahwinkan, dan menerima wakil kahwin.
  • ALAM SEKITAR
  • Mencabut, memotong, mematah, dan mengerat pohon yang tumbuh di Tanah Haram.
  • Memburu, menangkap, mengurung, membinasakan, dan mengasari haiwan darat yang boleh atau dilarang untuk dimakan.

2) TAWAF

Gambar berkumpulan selepas selesai mengerjakan Tawaf

Para jemaah akan melakukan tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu.

Lafaz niat tawaf:

أللّهُمَّ إنّي أُرِيْدُ الطَوَافَ هِذَا البَيْتِ طَوَافَ العُمْرَةِ سَبْعَةَ أَشْوَاطٍ لله تَعَالَى

Maksudnya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

Syarat-syarat bagi tawaf:

  1. Suci daripada hadas kecil dan besar (berwudhu)
  2. Suci daripada najis (samaada pada pakaian, badan atau tempat tawaf)
  3. Menutup aurat
  4. Tawaf dimulakan dari sudut Hajar Aswad
  5. Kaabah berada disebelah kiri jemaah
  6. Sempurna 7 kali pusingan tanpa ragu-ragu
  7. Tawaf dilakukan dengan niat ibadah
  8. Tidak menyentuh mana-mana bahagian kaabah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah)

3) SAI’E

selesai mengerjakan Sai’e

Berlari-lari anak /berjalan dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu.

Syarat-syarat bagi sai’e:

  1. Sai’e dilakukan selepas tawaf
  2. Sai’e dimulakan dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah
  3. Dilakukan sebanyak 7 kali dengan sempurna
  4. Sai’e dilakukan dengan niat ibadah
  5. sai’e yang dilakukan dari bukit Safa ke bukit Marwah dikira satu pusingan dan berpatah balik dari bukit Marwah ke bukit Safa juga dikira satu pusingan.
  6. Sai’e dilakukan di tempat sai’e (Mas’a)

4) TAHALLUL (BERGUNTING/BERCUKUR)

Bergunting/bercukur

Tahallul dilakukan selepas sai’e yang sempurna. Jika Jemaah melakukan tahallul sebelum sai’e maka jemaah itu akan dikenakan dam. Dam yang akan dikenakan ialah

Syarat-syarat bagi tahallul:

  1. Menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut (bukan bulu).
  2. afdhal bagi lelaki mencukur kepalanya.
  3. Bagi orang yang kepalanya tidak berambut memadai jika dilalukan pisau di atas kepalanya.

5) TERTIB

Tertib bermaksud melakukan rukun secara beurutan mengikut urutannya iaitu:

NIAT > TAWAF > SAI’E > TAHALLUL (BERGUNTING/BERCUKUR) > TERTIB

________________________________________________________________________________________________________

PROMOSI UMRAH

JOM SERTAI PAKEJ UMRAH BERSAMA NURMULTAZAM TRAVEL. TERBANG TERUS DARI KOTA KINABALU

Jika anda sedang mencari pakej umrah dengan harga yang berpatutan, anda juga boleh klik di sini untuk melihat pakej yang ada.

CALL TERUS ATAU WHATSAPP STAFF NURMULTAZAM TRAVEL:

016-223 7579 – MARIANA

013-804 7579 – NURAIN

Untuk maklumat lanjut, click sini https://www.umrahsabah.com/v2/

_______________________________________________________________________________________________________

Semoga yang membaca blog ini dimurahkan rezeki dan memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin

Leave a Reply