Umrah

5 PERSEDIAAN SEBELUM MELAKUKAN UMRAH

By July 18, 2020 No Comments

Sebelum menunaikan Umrah, para Jemaah haruslah bersiap sedia dalam semua perkara agar tidak menyusahkan diri sendiri ketika berada di tanah haram nanti tapi apa yang harus dilakukan? Okay hari ini kita akan membincangkan tentang persediaan sebelum melakukan Umrah yang harus kita ketahui.

1)MENGIKUTI KURSUS UMRAH YANG DIANJURKAN OLEH TRAVEL AGENSI

Para Jemaah akan diminta untuk menghadiri kursus Umrah untuk menerangkan lebih lanjut mengenai prosedur perjalanan ke tanah suci. Oleh itu para Jemaah mestilah menghadiri kursus tersebut jika tidak mungkin para Jemaah tidak akan mendapat ilmu dan tidak akan mengetahui apa yang harus dilakukan ketika berada di tanah air dan ketika sampai disana nanti.

2)MEMPERSIAPKAN KEPERLUAN YANG AKAN DIBAWA

Sebelum berangkat Umrah, para Jemaah hendaklah menyiapkan barang yang perlu dibawa dan akan digunakan ketika berada di tanah suci nanti. Antara barang yang perlu dibawa ialah pakaian, barang mandian, Al-Quran mini, dokumen-dokumen penting, ubat-ubatan dan barangan lain yang rasanya akan digunakan ketika disana. Tidak perlulah membawa barang yang bukan digunakan kerana ianya akan menambahkan berat bagasi sahaja.

3)MEMPERKUKUHKAN FIZIKAL DAN MENTAL

Ketika berada di tanah haram, akan banyak tenaga yang diperlukan untuk melakukan aktiviti disana. Oleh itu, perbanyakkanlah bersenam untuk mengelakkan kepenatan akibat berjalan dan sebarang penyakit yang akan membuatkan aktiviti menjadi tergendala. Selain itu, pengukuhan mental juga harus dititikberatkan agar dapat mengambil perkara yang positif shaja ketika berada di tanah suci dan tidak mudah bersangka buruk terhadap jemaah lain kerana ketika berada disana perilaku para Jemaah tidak semuanya sama, ada yang baik dan ada juga yang kurang sopan.

4)BELAJAR UNTUK MENJAGA TUTUR KATA

Para Jemaah haruslah bersiap sedia dan mula melatih diri untuk bercakap tentang perkara yang sopan dan baik-baik sahaja supaya bila sampai di tanah suci Jemaah tidak lagi terbiasa untuk bercakap tentang perkara yang tidak baik. Kata-kata yang dituturkan juga adalah satu doa dan insyaAllah ketika di tanah haram apa yang kita tuturkan akan dimakbulkan. Oleh itu, didiklah lidah untuk mengeluarkan tutur yang baik agar kita tidak tersilap ketika bercakap.

5)MEMBACA SIRAH NABI DAN BERSELAWAT

Sebelum melakukan Umrah, lebih baik untuk meluangkan masa membaca sirah-sirah nabi untuk mempelajari, mengetahui dan lebih mendalami lagi pengorbanan yang telah dilakukan ini kerana ketika tiba disana, para Jemaah akan dibawa ke tempat-tempat yang bersejarah dan disanalah peluang terbaik untuk mendekatkan diri dan menanam kecintaan yang tinggi kepada nabi-nabi.

Itulah 5 persediaan sebelum melakukan Umrah, semoga ianya dapat menambah pengetahuan pembaca dan dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Amin

Bercadang menunaikan umrah 2021? Klik untuk info lebih lanjut https://www.umrahsabah.com/v2/

CALL TERUS ATAU WHATSAPP STAFF NURMULTAZAM TRAVEL:

016-223 7579 – MARIANA

013-804 7579 – NURAIN

Leave a Reply