Pelancongan

4 MUSIM DI TURKI

By August 11, 2020 No Comments

Korea? Jepun? Musim di sana sudah kita bahaskan dalam blog sebelum ini. Hari ini kita akan bahaskan musim di negara Turki. Mungkin musim di Turki adalah sama seperti di Korea dan Jepun tetapi ianya disambut dengan cara yang berlainan dan keadaan yang berbeza. Teruskan membaca untu mengetahui lebiih lanjut tentang musim di Turki.

Turki boleh mengalami cuaca yang sangat panas dan sangat sejuk. Musim Pada musim Luruh dan Bunga bulan yang paling sesuai untuk bercuti ke Turki adalah pada bulan April-May dan september-November kerana pada bulan ini cuaca sangat bagus, tidak panas dan tidak juga terlalu sejuk. Seperti yang kita tahu Istanbul berdekatan dengan laut jadi kemungkinan cuaca akan terlalu berangin terutama pada waktu musim salji.

  • MUSIM SEJUK

Musim sejuk akan bermula dari bulan Disember hingga Februari. Pada musim ini, seluruh kawasan akan dipenuhi oleh salji yang tebal. Pada musim ini juga hotel disana akan menjadi lebih murah berbanding pada musim yang lain dan pelancong juga tidak begitu banyak. Suhu pada musim ini juga boleh mencapai 0-19 darjah selcius. Masuk bulan Disember cuaca akan mulai sejuk dan sebahagian tempat tanah tinggi seperti Uludag Bursa mungkin sudah mula bersalji. Musim sejuk biasanya berlaku dari bulan Disember sehingga Februari. Di Istanbul, kemungkinan salji turun sebanyak 3 atau 4 kali sepanjang 4 bulan musim sejuk.

  • MUSIM PANAS

Pada pertengahan bulan Jun hingga Ogos Turki akan mengalami musim panas. Pelancong dan orang lebih suka menikmati masa pada musim ini dengan berenang di pantai atau kolam dan lebih suka untuk makan di tepi-tepi pantai. Pada musim ini juga ramai yang agak kurang berminat untuk pergi melancong kerana terlalu panas, mereka lebih suka untuk pergi beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan. Suhu pada musim ini mencecah 20-31 darjah selcius. Jika anda seorang penggemar belon panas, inilah musim yang paling sesuai.

  • MUSIM BUNGA

Seterusnya, musim bunga akan terjadi dari bulan Mac hingga pertengahan bulan Jun. pada musim ini para pelancong akan lebih ramai berbanding musim panas dan sejuk kerana pada musim ini pelancong dapat melihat sendiri keindahan bunga-bunga yang berkembang di tepi-tepi gunung dan jalan. Bunga yang berwarna-warni akan memeriahkan lagi pemandangan di bandar Turki. Suhu di musim ini adalah 8-19 darjah selsius mengikut tempat dimana anda berada dan anda perlu tahu bahawa setiap musim bunga, festival tulip akan diadakan bagi memeriahkan lagi musim tersebut.

  • MUSIM LURUH

Bulan September hingga bulan November adalah kemuncak bagi musim luruh. Musim ini sama seperti musim-musim yang lain. Ianya dipenuhi dengan dedaunan kering yang berwarna kuning merah. Kawasan tepi-tepi jalan dan bukit akan dipenuhi oleh daun kering. Sangat menarik kan? Pada musim inilah pelancong akan ramai kerana banyak yang ingin menikmati pemandangan musim luruh.

Teringin melancong ke Negara Turki? Tak perlu pening-pening fikir, jom mendaftar bersama Nurmultazam Travel. Kami atur percutian anda dari A-Z. Pakej kami 100% muslim tour, aturcara yang tersusun rapi dan paling penting terbang dari Kota Kinabalu.

Berminat? Klik link untuk info lanjut http://www.umrahsabah.com/v2/tour/

Leave a Reply