Persetujuan Terma & Syarat Pendaftaran Umrah

Bersama Nur Multazam

Sila baca Terma & Syarat di bawah sebelum anda mendaftar.

Setelah anda menekan butang “Saya Bersetuju”, bermakna anda sudah bersetuju dengan segala terma & syarat yang ditetapkan oleh pihak Nur Multazam Travel & Services Sdn. Bhd..

Penempahan Pakej

1

Wang pendahuluan hanya serendah RM500 seorang.

*Pelucutan deposit serendah RM300 sekiranya membuat pembatalan.
*Bayaran penuh hendaklah dijelaskan 45 hari sebelum tarikh berlepas.
2

Pembayaran terus kepada akaun.

AKAUN MAYBANK
Nama Akaun : NUR MULTAZAM TRAVEL & SERVICES SDN. BHD
Nombor akaun: 5602 1405 7354
3

Kanak-kanak berumur 2-12 tahun akan diberikan diskaun daripada harga pakej dewasa.

i. Diskaun RM400 bagi penerbangan terus ke Jeddah untuk kedua-dua sektor (pergi & balik)
ii. Diskaun RM200 bagi penerbangan transit ke Dubai (1 Sektor : pergi atau balik)
iii. Tiada diskaun untuk kanak-kanak jika penerbangan transit di Dubai adalah bagi kedua-dua sector (pergi & balik)
iv. Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans & Visa (+RM2500)

Pembatalan / Surcaj Pembatalan Pakej

Permohonan pembatalan tertakluk kepada perkara 3.2.1 dan 3.2.2 Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut:

PERKARA 3.2.1

Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, pendaftaran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

PERKARA 3.2.2

i. 22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : Perlucutan deposit pelancongan;
ii. 15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 35% daripada tambang pelancongan;
iii. 08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 50% daripada tambang pelancongan;
iv. 03 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas : 75% daripada tambang pelancongan;
v. 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas : 100% daripada tambang pelancongan;

Caj Tambahan Jika Perlu:

i. Bayaran visa penuh, sekiranya urusan visa telah dibuat.
ii. Bayaran RM250.00 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan asal semasa ia diserahkan kepada anda.