Pakej Ziarah Wali Songo & Surabaya

Bersama Nur Multazam

Atur Cara Pakej

1

HARI 01 : KOTA KINABALU – BRUNEI – SURABAYA

Tiba di lapangan terbang Juanda Surabaya. Peserta akan disambut oleh pemandu pelancong. Bertolak ke tempat penginapan. check in hotel. Rehat. Bermalam di Surabaya.
2

HARI 02 : SURABAYA – GRESIK – KUDUS

Sarapan pagi di hotel. Acara diteruskan dengan mengunjungi MASJID SUNAN AMPEL & Ziarah SUNAN AMPEL (1). Perjalanan diteruskan ke Gresik untuk menziarahi SUNAN GRESIK (2) “Makam Syeikh Maulana Malik Ibrahim”, SUNAN GIRI (3). Perjalanan diteruskan ke Kudus. Makan malam & check in hotel.
3

HARI 03 : KUDUS – SEMARANG – PEKALONGAN – CIREBON

Sarapan pagi di hotel. Ziarah makam SUNAN KUDUS (4)“Ja’far Shodiq” di Desa Kauman & SUNAN GUNUNG MURIA (5) “Raden Umar Said”. Bertempat di Gunung Muria dengan menggunakan motorsikal. Perjalanan diteruskan ke Semarang. Makan tengah hari. Perjalanan diteruskan ke Cirebon. Tiba di Cirebon, berkunjung ke Makam SUNAN GUNUNG JATI (6) & PUTRI GIOK dari China “Isteri Sunan Gunung Jati”. Makan malam & check in hotel.
4

HARI 04 : CIREBON - DEMAK – REMBANG

Sarapan pagi di hotel. Check out hotel. Peserta dibawa berkunjung ke Kota Pekalongan (Pusat Batik). Kemudian, perjalanan diteruskan ke Kota Demak untuk menziarah masjid besar Demak Mosque & Makam SUNAN KALI JAGA (7) “Raden Mas Said”. Makan tengah hari. Meneruskan perjalanan ke Rembang. Makan malam & check in hotel.
5

HARI 05 : REMBANG – TUBAN – LAMONGAN – SURABAYA

Sarapan pagi di hotel. Perjalanan diteruskan ke Tuban. Ziarah Makam SUNAN BONANG (8) “Raden Machdum Ibrahim”. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Lamongan untuk menziarahi SUNAN DRAJAT (9). Perjalanan diteruskan ke Surabaya. Makan tengah hari. Membeli-belah di MIROTA & JMP SHOPPING MALL (Jambatan Merah Plaza). Berkunjung ke MASJID ADMIRAL CHENG HOO. Makan malam. Check in hotel.
6

HARI 06 : SURABAYA – BRUNEI – KOTA KINBALU

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Surabaya untuk penerbangan balik ke Brunei.
Check-in hotel untuk transit di Brunei. (12-+ jam transit)
Check-Out hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan balik ke Kota Kinabalu.